20-22 April 2021 : Proses EEVE telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan baik oleh EE bidang Sains Komouter dari Universiti Teknologi Malaysia, bertempat di Bilik Mesyuarat Dahlia. Proses EEVE ini diadakan dan dijalankan secara atas talian menggunakan pelantar Google Classrom. Ahli mesyuarat yang terlibat adalah pensyarah daripada Jabatan Kecemerlangan Akademik, pensyarah daripada Jabatan Teknologi Pendidikan dan Multimedia, dan Unit Peperiksaan & Penilaian, IPG Kampus Ipoh
Mesyuarat Pemeriksa Dalam (PD) Bil.1/2021
15 April 2021 : Mesyuarat Pemeriksa Dalam (PD) Bil.1/2021 telah dilaksanakan di Bilik Mesyaurat Lavender yang diadakan pada jam 10.30 pagi. Ahli mesyuarat yang terlibat adallah terdiri daripada pensyarah-pensyarah yang dilantik sebagai Pemeriksa Dalam IPG Kampus Ipoh. Mesyuarat ditangguhkan pada 12.30 tengahari.
Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Kerja Kursus Semester April - Ogos 2021
15 April 2021 : Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Kerja Kursus Semester April - Ogos 2021 telah dilaksanakan di Dewan Seri Melati dengan jayanya. Antara ahli mesyuarat yang terlibat adalah terdiri daripada Penyelaras Kerja Kursus, Pemeriksa Dalam, dan Unit Peperiksaan dan Penilaian. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.15 pagi.