• ;

MESYUARAT PENGGUBALAN JSU BAHASA CINA BAGI PEPERIKSAAN MEI 2025

14 Januari 2025 - Mesyuarat penggubalan JSU BCNB bagi peperiksaan Mei 2025 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Dahlia, IPGK Ipoh. Mesyuarat ini berlangsung selama dua hari iaitu pada 14-15 Januari 2025. Ia melibatkan semua pakar bidang bagi subjek BCNB. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah iaitu Ybrs Dr Hj Mohd Taufik bin Ahmed dan Dr Hoi Sin Min dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).
Kongsi:

MESYUARAT PERANCANGAN PB PDPP KDC FEB-MEI 2025

15 Januari 2025 - Mesyuarat perancangan PB PDPP KDC telah berlangsung bertempat di Bilik Mini Teater pada jam 2.30 petang. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah iaitu Dr Hj Mohd Taufik bin Ahmed. Ia melibatkan Pemeriksa Dalam, Penyelaras PB dan Pakar Bidang dalam setiap Jabatan. Mesyuarat berakhir pada jam 4.45
petang.
Kongsi:

MAJLIS LAMBAIAN KASIH PN KHATIJAH BT AHMAD SHAH

11 Disember 2024 - Unit Peperiksaan dan Penilaian telah kehilangan permata yang amat bernilai iaitu Pn Khatijah bt Ahmad Shah selaku Pembantu Tadbir di UPP kerana bertukar ke bahagian Audit Sekolah. Banyak jasa yang telah dicurahkan oleh Pn Khatijah sepanjang berada di UPP termasuklah menjadi salah satu pentadbir sistem iTEMS. Semoga beliau terus berjaya di mana jua berada.
Kongsi:

MESYUARAT JKPPIPG BIL 1/2025

2 Januari 2025 - Mesyuarat JKPPIPG Bil.1 telah dipengerusikan oleh Ybrs Pengarah, Dr Hamidah bt Samsudin buat pertama kali setelah berkhidmat di IPGK Ipoh. Mesyuarat bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 12.35 tengahari. Mesyuarat ini melibatkan Ketua Jabatan / Unit, Ketua Pemeriksa Dalam dan Penyelaras Pentaksiran Berterusan. Hak-hal yang dibincangkan berkaitan keputusan peperiksaan Disember 2024, peperiksaan ulangan dan peperiksaan pelajar PDPP KDC.
Kongsi:

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1