• ;

MAJLIS LAMBAIAN KASIH PN KHATIJAH BT AHMAD SHAH

11 Disember 2024 - Unit Peperiksaan dan Penilaian telah kehilangan permata yang amat bernilai iaitu Pn Khatijah bt Ahmad Shah selaku Pembantu Tadbir di UPP kerana bertukar ke bahagian Audit Sekolah. Banyak jasa yang telah dicurahkan oleh Pn Khatijah sepanjang berada di UPP termasuklah menjadi salah satu pentadbir sistem iTEMS. Semoga beliau terus berjaya di mana jua berada.
Kongsi:

MESYUARAT JKPPIPG BIL 1/2025

2 Januari 2025 - Mesyuarat JKPPIPG Bil.1 telah dipengerusikan oleh Ybrs Pengarah, Dr Hamidah bt Samsudin buat pertama kali setelah berkhidmat di IPGK Ipoh. Mesyuarat bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 12.35 tengahari. Mesyuarat ini melibatkan Ketua Jabatan / Unit, Ketua Pemeriksa Dalam dan Penyelaras Pentaksiran Berterusan. Hak-hal yang dibincangkan berkaitan keputusan peperiksaan Disember 2024, peperiksaan ulangan dan peperiksaan pelajar PDPP KDC.
Kongsi:

External Examiner Virtual Examination (EEVE) Bidang Sains Komputer PDPP

20-22 April 2021 : Proses EEVE telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan baik oleh EE bidang Sains Komouter dari Universiti Teknologi Malaysia, bertempat di Bilik Mesyuarat Dahlia. Proses EEVE ini diadakan dan dijalankan secara atas talian menggunakan pelantar Google Classrom. Ahli mesyuarat yang terlibat adalah pensyarah daripada Jabatan Kecemerlangan Akademik, pensyarah daripada Jabatan Teknologi Pendidikan dan Multimedia, dan Unit Peperiksaan & Penilaian, IPG Kampus Ipoh






Kongsi:

Mesyuarat Pemeriksa Dalam (PD) Bil.1/2021

15 April 2021 : Mesyuarat Pemeriksa Dalam (PD) Bil.1/2021 telah dilaksanakan di Bilik Mesyaurat Lavender yang diadakan pada jam 10.30 pagi. Ahli mesyuarat yang terlibat adallah terdiri daripada pensyarah-pensyarah yang dilantik sebagai Pemeriksa Dalam IPG Kampus Ipoh. Mesyuarat ditangguhkan pada 12.30 tengahari.










Kongsi:

Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Kerja Kursus Semester April - Ogos 2021

15 April 2021 : Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Kerja Kursus Semester April - Ogos 2021 telah dilaksanakan di Dewan Seri Melati dengan jayanya. Antara ahli mesyuarat yang terlibat adalah terdiri daripada Penyelaras Kerja Kursus, Pemeriksa Dalam, dan Unit Peperiksaan dan Penilaian. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.15 pagi.









Kongsi:

Mesyuarat JKPPIPG Bil.1/2021 IPGK Ipoh - Peperiksaan Mac 2021

19-3-2021 : Mesyuarat JKPPIPG Bil.1/2021 bagi Peperiksaan Mac 2021 telah berjaya dilaksanakan di Dewan Seri Melati, IPG Kampus Ipoh pada jam 8.30pagi. Ahli mesyuarat yang terlibat adalah ketua jabatan akademik dan juga Unit Peperiksaan & Penilaian. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengarah IPGK Ipoh, Dr.Yahya bin Osman. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 9.30pagi.










 

Kongsi:

External Examiner Virtual Examination (EEVE) Bidang Bahasa Cina

 16-18 Mac 2021 : Proses EEVE telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan baik oleh EE bidang Bahasa Cina dari Universiti Malaya, bertempat di Bilik Mesyuarat Dahlia. Proses EEVE ini diadakan dan dijalankan secara atas talian menggunakan pelantar Google Classrom. Ahli mesyuarat yang terlibat adalah pensyarah daripada Jabatan Kecemerlangan Akademik, pensyarah daripada Unit Bahasa Cina, Jabatan Bahasa, dan Unit Peperiksaan & Penilaian, IPG Kampus Ipoh








Kongsi:

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1