IPGKI, 4-8 Januari 2021 : Mesyuarat Verifikasi Kerja Kursus Fasa I iaitu Fasa Perancangan bagi OKT 2020 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya bertempat di Bilik Lavender, IPGK Ipoh. Masa verifikasi ini berlangsung dari jam 9.00 pagi sehingga jam 5.00 petang setiap hari dalam tempoh tersebut.
Seramai 13 orang Pemeriksa Dalam (PD) yang terlibat dalam membantu proses verifikasi ini dengan kerjasama menyeluruh dari semua jabatan / unit akademik.
Majlis Penutupan Verifikasi ini telah disempurkan oleh Timbalan Pengarah, IPGK Ipoh pada hari Jumaat bersamaan 8 Januari 2021 pada jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi.
Pihak UPP merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung / tidak langsung dan membantu proses verifikasi ini berjalan lancar. Terima Kasih.
-Admin Kacak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan